Sistem Penilaian Prestasi

Memudahkan proses penilaian dan penetapan matlamat pekerja

Cipta dan peruntukkan templat penilaian prestasi kepada pekerja untuk penilaian sendiri dan penilaian oleh pengurus masing- masing dengan lebih mudah dan pantas. Pengurus boleh membuat keputusan selanjutnya seperti kenaikan gaji atau pangkat, pemberian bonus, dll berdasarkan cadangan yang diberikan di dalam penilaian tersebut.

28+
Pengalaman
20,000+
Pelanggan
400+
Kakitangan
1M+
Muat Turun Aplikasi
contents/images/banners/banner-appraisal.png
Ciri-Ciri Utama

Sistem Penilaian Prestasi kami menyokong sehingga tiga peringkat struktur kelulusan, membolehkan pelbagai jenis templat penilaian berbeza yang boleh disesuaikan dan hasil penilaian disepadukan secara automatik ke sistem Sumber Manusia (HR) & Penggajian.

Pekerja

  • Akses kepada borang penilaian dan lakukan sendiri penilaian dalam talian
  • Terima jemputan, pemberitahuan dan peringatan untuk melengkapkan penilaian sendiri.
  • Jejaki maklum balas dan matlamat yang ditetapkan untuk pekerja tersebut.

Pihak Pelulus

  • Pihak peringkat tahap pertama & kedua boleh menilai borang penilaian pekerja mereka.
  • Penilaian dengan pemberian markah mengikut kategori.
  • Boleh membuat cadangan akhir untuk kenaikan, bonus, promosi, dll.
  • Dibenarkan untuk melihat penilaian pekerja jabatan mereka sahaja
  • Boleh mengakses laporan untuk melihat maklumat penilaian pekerja mereka sendiri sahaja

Pengurus HR

  • Boleh mencipta templat penilaian baru dan memperuntukkan kepada pekerja masing-masing
  • Boleh meluluskan / mengemas kini cadangan penilaian
  • Semua cadangan kelulusan penilaian akan dihantar kepada pengurusHR untuk kelulusan akhir
  • Dapat melihat butiran penilaian untuk semua pekerja
  • Mampu mencipta, mengemas kini & memadam butiran pekerja
  • Mampu memberikan hak kepada Pihak Pelulus.
Masih mencari Sistem Penilaian Prestasi untuk perniagaan bersaiz kecil?
Dengan hanya satu klik, kami jamin anda dapat mengalami proses penilaian prestasi yang lebih ringkas dan mudah dengan Info-Tech.
contents/images/apprasial-software.png
Proses penilaian menjadi lebih mudah dan pantas dengan melalui pelayar web!
Dengan Sistem Penilaian Prestasi Info-Tech Malaysia, anda boleh membuat penciptaan penilaian, peruntukan, kelulusan dan cadangan lebih mudah, lebih cepat, dan lebih bijak untuk pekerja dan pengurus.

Soalan Lazim

Tidak. Templat penilaian yang akan diperuntukkan oleh Pentadbir Pengguna/HR

Tiada perubahan boleh dilakukan selepas penyerahan. Pekerja boleh memilih untuk menyimpan templat sebagai draf bagi memastikan semua maklumat itu betul sebelum penyerahan.

Pelulus dari jabatan lain tidak akan dapat lihat butiran penilaian pekerja tertentu melainkan mereka telah ditugaskan sebagai pegawai yang meluluskan.

Ya, sistem kami mesra pengguna dan mudah digunakan. Tidak perlu menjadi pakar teknikal, kami akan menjaga bahagian yang sukar untuk anda! Dalam kes ini, buat sahaja templat dan peruntukkannya kepada pekerja masing-masing.